Julai 2014, Hadiah Dari Allah

Assalamualaikum.

Maha baiknya Allah terhadap hamba² Nya. Tidak seditik pun Dia melupakan setiap makhluk ciptaan Nya. Samada manusia, jin, malaikat, jamadat dan haiwan semua tiada terlepas dari pengetahuan Nya. Setiap turun naiknya nafas kita Dialah yang menganugerahkannya. Setiap rezeki adalah dari pemberiannya. Setiap helai daun yang gugur adalah dalam ilmu Nya yang Maha Luas.

Begitu banyak pemberian Nya namun Dia hanya mahu kita hamba untuk tunduk dan patuh kepada Nya. Bukan wang ringgit pun bukan hadiah yang mahal dari kita, cuma Dia mahu melihat hati hamba Nya untuk redha Allah adalah Tuhan kita. Dia mahu hambanya untukenumpahkan sepenuh cinta kepada Nya. Dai mahu kita agar sanggup mengaku lemah dan tiada apa melainkan bergantung kepada Nya.

Julai 2014 adalah salah satu nikmat dari jutaan nikmat yang Allah anugerqhkan kepada hamba Mu ini. Di dalamnya hamba Mu yang kerdil di minta untuk kembali ke HQ syarikat GISB Holdings. Sebuah hadiah yang besar yang hamba Mu ini tidak menjangkakannya. Setahun lebih berada bersama anak remaja, kini hamba Mu diminta untuk bersama dengan kawan² membangunkan sebuah syarikat di Lembah Kelang.  Syarikat yang mahu membawa sistem Mu dan menggunakan kaedah Nabi Mu. Sudah tentu tidak mampu kami menjayakannya jika tidak ada campurtangan dari Mu. Tak akan berlaku kejayaan jika tanpa syafaat  dari Nabi Mu.

Dan di hari, dengan Rahmat dan Rahim Mu, umurku menjangkau usia 49 tahun. Maka di sisa usia ku yang masih Engkau anugerahkan, hamba Mu menaruh sepenuh harapan pada Mu dan mengharap syafaat Nabi Muhammad, agar nikmat Iman dan Islam yang ada Engkau kekalkan sehingga ke akhir hayat ku. Dikau tambahkan lagi rasa takut setakut²nya kepada Mu. Kau suburkanlah rasa rindu serindu² kepada Nabi

Hari ini Allah menganugerahkan kepada kita umur untuk terus mengabdikan diri kepada Nya. Moga kesempatan Julai bersamaan dengan bulan Ramadhan diizinkan untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan. Amin ya Rabbal Alamin.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Posted on July 16, 2014, in Tazkirah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: