Eidul Fitri – Kembalilah Kepada Allah…

Assalamualaikum.

Sambil memandu menuju ke destinasi, sempatlah radio dalam kereta berbunyi. Siaran kegemaran Pak Itam ialah Ikim Fm. Petang tadi segmen usrah membicarakan maksud Eidul Fitri atau Kembali Kepada Fitrah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِي
مِ لِإِيلَافِ قُرَيْشٍ

Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

(laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam)

Rupanya perkataan Eid itu bererti kembali dan bangsa arab yang merupakan bangsa yang suka merantau dan berdagang akan membuat perayaan bila mereka berjaya kembali dari permusafiran mereka. Perjalanan yang mengambil masa yang lama dan menempuh berbagai kesukaran. Satu cabaran yang besar dan tak semua yang berjaya dalam merentas padang pasir yang terlalu panas di siang hari dan terlalu sejuk di malamnya.

Jadi bila rombongan ini pulang atau berjaya kembali, mereka menyambut dengan mengadakan perayaan. Gembiranya perasaan mereka yang menyambut kejayaan orang yang berjaya kembali. Manakala berasaan penuh kesyukuran bagi perantau bila dapat kembali menjejakkan kaki mereka ke bumi Mekah.

Begitu juga setelah sebulan Ramadhan umat Islam membuat permusafiran roh, menjelajah roh puasa, solat terawih, bacaan Al Quran dll amalan yang akan membawa hati atau roh setiap pengembara untuk kembali kepada fitrah mereka. Bukan semua yang mampu kembali dalam perjalanan yang sukar dan rumit ini. Ramai yang kecundang. Namun bagi mereka yang berjaya selesaikan Ramadhan sehingga dapat ‘muttaqun’ iaitu takut setakut²nya kepada Allah dan rindu serindu²nya kepada Nabi, roh dan amalan mereka disambut gembira oleh para Malaikat. Dibawa mengadap dan dipersembahkan kehadrat Allah. Amalan yang Allah saja yang tahu apa yang akan diganjarkan kepada si hamba Allah.

Bagi mereka yang lulus kembali kepada fitrah, kegembiraan mereka dipenuhi fengan rasa syukur dan terimakasih rasa malu dan bimbang, rasa takut dan mengharap. Bagi mereka Allahlah yang menganugerahkan semuanya itu. Bukan usaha mereka. Mereka adalah orang yang diraikan oleh Allah dan Rasu, Para malaikat dan seluruh penduduk langit meraikan kemenangan mereka.

Jadi kembali kepada fitrah ialah benar² kembali kepada Allah seperti keadaan roh yang bersih ketika dilahirkan. Roh yang sudah kenal dan berikrar kepada Allah ketika di alam roh.

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.

Al A’raf ayat 172

Maka marilah kita renungkan diri kita ini. Apakah sudah kita ‘Kembali kepada Allah dengan sebenar² kembali?’….

Posted from WordPress for Android

Author: abu ghaarib

taubat azam bukti

Leave a comment