Kisah Pengembala dan Tali

image

“Umi…kasut kakak dah koyak”.
“Pakai je  kasut adik. Adik ada dua kasutkan.” aku menjawab sambil tersenyum melihat kakak yang dah mula monyok.
“Pinjam je tau..kasut tu kak Faridah yg hadiah kat adik, ” sahut adik sambil memega.ng kasut yang mahu diberikan kepada kakaknya. Dengan berat hati kakak menyarung kasut, ” Umi belikan utk kakak ye. Nanti adik tu…dia ambil balik kasut ni..”
“Cepat naik kereta, abi dah nak jalan tu..nanti umi nak cite satu cite….”
Suka bebenor dua beradik tu klau pasal cite ni. Duduk je dalam kereta, adik terus bersuara, ” Umi janji nak cite, citelah, citelah. ” “Sabarlah dik. Umi baru nak duduk,”  tegur kakak..agak tegas.Terserlah watak kakak..walau baru berusia enam tahun. Kadang2 panjang syarahnya bila dia menegur adiknya.
        Abi pun nak dengar juga ni, ” abi menyampuk menceriakan suasana.”  “0k citenya adalah kisah seorang Pengembala kambing dgn Seutas Tali.”

image

… Di bandar Madinah tinggal seorang hartawan yang kaya raya. Hartanya ada di seantero dunia namun kehidupan sehariannya dipenuhi dengan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Bersedekah adalah amalan tetap beliau, dengan harta kekayaan yang melimpah ruah dia tetap dengan kehidupan yang sederhana. Setiap kali datangnya musim haji dialah orang yang paling banyak mengeluarkan sedekah. Beliau terkenal dengan baiknya dan disukai oleh semua penduduk di sana. Hartawan tersebut mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga dan sibuk dengan urusan masing-masing. Yang merisaukan si hartawan ini adalah bagaimana nanti kalau dia sudah meninggal dunia, bagaimana nanti anaknya akan menguruskan hartanya yang banyak itu kerana anak-anak beliau lebih cintakan dunia. Bagaimana nanti kalau hartanya tidak digunakan ke jalan yang benar. Siang malam ia bermunajat kepada Allah meminta petunjuk  apa yang harus dilakukan. Pada suatu subuh yang dingin, beliau telah mengumpulkan semua anak-anaknya untuk memberitahu wasiatnya.’Wahai anak-anakku, tujuan abuya mengumpulkan enta semua ini adalah untuk memberitahu wasiat kepada kamu semua sekiranya, abuya sudah tiada lagi didunia ini’. Apalagi berpandangan lah mereka kerana terbayangkan harta yang banyak, dan tak sabar lagi menunggu wasiat dari abuyanya… … ! Begitulah kelakuan anak-anaknya… .yang membuatkan sihartawan itu sedih… . 
Hartawan itu memberitahu bahawa dia akan mewariskan harta dengan satu syarat, iaitu sekiranya ia meninggal nanti, ia mahu salah seorang dari anaknya menemankannya selama tiga hari semasa ia telah dikebumikan didalam kubur .Siapa yang sanggup dialah yang akan mewarisi hartanya, dan ia juga yang layak untuk membahagikan harta tersebut kepada adik-beradik yang lain. Sekiranya tiada yang sanggup hartanya akan diwakafkan kepada orang miskin. 
     Terkejutlah anak-anaknya. Lalu mereka meminta untuk berbincang adik-beradik, abang yang sulung mengesyorkan agar diupah orang kampung yang miskin hidupnya untuk menemankan abuyanya semasa di dalam kubur, sebab abuyanya, takkan tahu siapa yang menemankannya nanti kerana sudah meninggal. Maka selepas itu orang itu  kita berikannya upah yang banyak dan menjadi kaya-raya. Kesemuanya bersetuju dengan cadangan tersebut, dan segera memberitahu abuya mereka yang mereka bersetuju dengan syarat tersebut. Si hartawan sungguh bangga dengan anaknya yang sulong kerana pada anggapannya anaknya itu akan menemankannya nanti… ..’Syukur’,katanya dalam hati. Keesokan harinya maka kesemua anaknya pergilah keseluruh pelusok kampung untuk mencari sesiapa yang sanggup menemankan abuyanya..tetapi malang tiada siapa yang sanggup untuk tidur didalam kubur selama 3 hari dengan mayat. Ini kerja gila kata orang kampung. Setelah penat mencari si sulong sudah hampir putus asa dan berehat di padang rumput yang dipenuhi kambing biri-biri dan ternampak seorang lelaki yang gagah dengan segulung tali di lengannya. ‘Mungkin ini si pengembala kambing, baik aku cuba offer dengan dia’… fikirnya, Dia pun menemui si pengembala kambing tersebut, bertanya akan kehidupannya, Lalu si pengembala memberitahu keadaannya yang miskin kehidupannya kais pagi makan pagi kadang-kadang ia tak makan sampai 3 hari. Kesiaan kata si sulong kepadanya. Lalu si sulong berkata ‘Mahukah kau menjadi kaya wahai si pengembala kambing?’ ‘Mestilah mahu’ Jawabnya dan menceritakan tujuanya dan dengan syarat. Si pengembala kambing tersebut bersetuju kerana dengan 3 malam sahaja dia akan menjadi seorang saudagar kaya! ‘Yahoooo ‘Ana kayalah’!..Teriak si pengembala tu. ‘Ini kerja senang’. katanya ‘Kalau satu bulan pun ana boleh’ kata si penegembala kambing. Dipendekkan cerita, selepas sepurnama berlalu maka mangkatlah abuyanya… . Maka bersedih bercampur gembiralah semua anaknya. Dan segeralah si abang sulong mencari si pengembala kambing tersebut agar menemankan arwah abuyanya seperti mana yang telah dipersetujui, untuk tinggal di dalam kubor selama 3 hari 3 malam. Maka dengan segulung tali yang sentiasa berada ditangannya walau di mana ia berada, dengan bangganya masuklah kedalam kubor dan tidur bersebelahan mayat si hartawan cuma dipisahkan dengan papan penutup liang lahad. Setelah Arwah abuya selamat dikebumikan dan ditalkin, maka tinggallah Si pengembala kambing bersama tali dan jenazah sihartawan di dalam kubur yang gelap gulita itu . Keadaan itu membuatkan si pengembala kambing menjadi cemas.  Bau yang amat wangi  terhidu olehnya membuatkan ia berfikir  orang yang meninggal ini, ini mesti orang yang beriman,,,, Sedang asyik berfikir, terdengar suara garau memberi salam. Maka terperanjatlah si pengembala tersebut. Dalam fikirannya mungkin salam tersebut ditujukan pada jenazah disebelahnya.Jadi ia mendiamkan diri sahaja. Namun tiada jawapan, sekali lagi salam diberikan dengan suara yang bertambah garau, bertambah kecut perutlah kawan tu… tetapi ia mendiamkan diri… ..masih tiada jawapan.
      Si pengembala tersebut terfikir mungkin salam itu ditujukan kepadanya. Terdengar salam yang ketiga dengan suara yang amat menakutkan, Dengan terketar-ketar ia menjawab salam tersebut… … ‘Waalaikumssssssalam.. Siapa kamu?’ ‘Wahai orang yang membawa tali, mengapa kau ada disini?’ Lalu ia menceritakan perkara yang sebenarnya. Kemudian suara itu bertanya lagi, ‘Apa yang kau bawa itu, ‘Tali ‘jawabnya’. ‘Apa guna tali itu?’, suara itu bertanya lagi, ‘Untuk memudahkan aku menjaga kambingku dan kerja yang bakal kulakukan’, Suara itu bertanya lagi. ‘Dari mana engkau dapat tali ini?’ ‘Bagaimana cara kau mendapatkan tali ini, dari sumber mana kau beli tali ini ?’ Suara itu terus bertanya mengenai tali tersebut. Sehinggalah sampai hari yang ketiga, anak si arwah tadi pun menggali semula kubur tersebut dan mengeluarkan si pengembala tadi, dengan muka yang pucat lesi macam cicak tertelan ular. Dia menggigil ketakutan, membuatkan anak arwah menjadi bingung. Maka bertanyalah ia kepada gembala tersebut mengenai ganjaran yang ia mahu, ‘Mintalah sebanyak mana pun, kami akan berikan padamu wahai pengembala!’ katanya, Lalu pengembala kambing tersebut memberitahu bahawa, ‘Aku tidak mahu satu sen pun harta dari kamu wahai orang muda?’ ‘Mengapa?’ tanya si sulong, Lalu dia menceritakannya apa yang berlaku semasa didalam kubor selama 3 hari itu… .’Sedangkan tali yang aku bawak ini pun, sampai 3 hari masih belum habis ditanya… .inikan pula harta yang banyak! Nasib baiklah kau dah keluarkan aku kalau tidak, tak taulah apa nak jadi, macam mana aku nak jawab!’. ‘Berapa lama pulak aku nak jawap dengan harta yang begitu banyak… .jadi kau simpanlah harta kau tu baik2, kau gunakan dengan sebaiknya!’ Maka si pengembala terus beredar dari situ dengan seribu keinsafan. ….
           “Umi…adik tak naklah kasut tu…kakak ambilla terus, ” respond adik tiba-tiba. “Takpa..umi memang nak belikan kakak kasut baru sbb kasut adik tu kecik lgpun tu kasut lelaki”, aku mengusap2 kepalanya. “Tapiiii..adik takut…cmna adik nak jawab kat malaikat dalam kubur nanti”,  suaranya semakin sebak. “Kalau adik nak selamat…kalau ada orang nak pinjam jangan kedekut…lg pun tukan hadiah dari kak Faridah”,…abi memujuk sambil tersenyum…Aku pandang Abinya….namun dlm hati tetap cemas..Aku ….blh ke jwb dalam kubur nanti..Allah tlg……

Advertisements

Posted on December 20, 2014, in Tazkirah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: