Cabut Gigi

Assalamulaikum.

Hari ini dalam sejarah. Pak Itam cabut gigi di Klinik Pakar Pergigian Ikhwan Bandar Country Homes Rawang. Umur dah masuk 5s baru nak rasa cabut gigi. Pernah waktu sekolah pergi klinik gigi di Bangunan Cahaya Suria, tapi hanya proses tampal. Bila time temujanji cabut gigi, Pak Itam pun cabut lari.

Pengalaman kedua, bila tak tahan sakit gigi Pak Itam pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Terus ke Klinik Pergigian. Masa tu rasa macam biasa je. Tapi bila jarum ubat bius masuk ke gusi… Satu suntikan, dua dan…. Pak Itam pengsan. Sedar sedar je badan berpeluh dan ‘misi’ yang buat suntikan tu memicit kepala ini.

‘Tadi dah sarapan ke?’
‘Belum kak….’
‘Oooo patutlah… Esok datang lagi ye tapi pastikan sarapan dulu tau’

Kata-kata ‘misi’ tu Pak Itam biarkan tidak berjawab… Selepas dari itu, walau macamana sakit gigi sekalipun Pak Itam tak pergi ke klinik gigi. Tahan dan terus tahan. Sehinggalah bila dapat teguran dan nasihat dari Ibu Bandar PPI.

‘En Kamil pergi ye buat gigi, untuk Islam,’ kata Puan Abidah. Kata semangat dari ibu bandar PPI telah menguatkan hati Pak Itam. Maka berurusanlah dengan pihak klinik gigi Ikhwan.

‘Nak buat gigi ye.. Buka mulut nak tengok. Ooo ada tunggul.. Kena cabut dulu,’ kata Dr Jo.
Tetiba badan berpeluh dalam kedinginan bilik rawatan.

‘Macamana nak bebaskan Palestine nanti, ini baru sikit (cabut gigi)..’

Pak Itam pun ambil nafas panjang-panjang dan Al fatihah…. Teringat dosa yang kalau tak diampunkan maka sakit dalam neraka lebih dahsyat lagi. Berharap agar inilah penghapusan dosa atas kesakitan di dunia ini.

Maka Dr Jo pun memulakan operasinya. Cucuk atas, cucuk dalam dengan suntikan pelali. Selepas mulut berasa kebas dan…. Alhamdulillah. Cabut. Rupanya tak sakit pun.

‘Ana pernah rawat seorang komando. Dia kata, ” sebelum saya masuk jumpa Doktor saya tawaf dalam klinik ni beberapa kali. Kalau doktor arah saya pergi serang komunis, sekarang juga saya pergi. Tapi nak jumpa doktor gigi, saya kena ambil masa tawaf beberapa kali….’ cerita Dr Jo. Kami tertawa bersama walaupun Pak Itam sebenar tertawakan diri sendiri.

Jadi kepada sesiapa ada masalah gigi, janganlah ragu-ragu lagi. Pergilah berjumpa doktor gigi anda atau anda boleh datang ke Klinik Pergigian Pakar Ikhwan di Bandar Country Homes Rawang Selangor. Pengerusi Eksekutif GISB Holdings, Dato Ibu Hatijah Aam berharap klinik pakar ini adalah untuk memberi khidmat kepada masyarakat Islam khususnya dan amnya kepada semua rakyat Malaysia.

Ada doktor wanita dan doktor lelaki, insha Allah mereka akan memberikan layanan dan rawatan yang terbaik kepada anda. Bawalah anak-anak anda untuk rawatan awal supaya ianya tidak berlanjutan ke tahap yang lebih parah.

Mencegah lebih baik dari merawat. Ia juga merupakan salah satu sunnah yang mudah untuk kita ikuti. Sekian

image

Advertisements

Posted on February 10, 2015, in Tazkirah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: