Akidah Mukmin

AKIDAH MUKMIN

Mengenal Allah
Mengenal Tuhan itu fardhu ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namanya dan sifat sifatnya yang disuruh oleh syarak asy syarif dengan ajaran daripada rasul-rasul.

Maka bagi Tuhan ada banyak nama-nama yang molek dan sifat-sifat yang maha besar dan yang maha tinggi.

Nama Tuhan yang lebih masyhur di antara segala nama-namanya ialah ALLAH disebut lafzul jalalah (lafaz yang maha besar) maka yang lain daripada ini diketahui daripada Quran dan Hadis semuanya itu masyhur di sisi orang Islam sebahagian daripadanya Ar Rahman, Ar Rahim, Al Quddus, As Salam, Al Mukmin.

Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagi:

1. Mengetahui sifat-sifat Tuhan dengan ijmali (ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus bahawasanya wajib bagi ALLAH Taala bersifat dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang lain dengan keadaan keTuhanan dan mustahil atasnya bersifat dengan apa apa jua sifat kekurangan.

2. Mengetahui sifat-sifat Tuhan dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli bahawasanya wajib bagi ALLAH Taala dua puluh sifat yang wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli bahawasanya mustahil atas ALLAH Taala bersifat segala lawan sifat yang wajib dua puluh itu

Adalah dikehendaki dengan mengenal Tuhan itu hendaklah mengetahui tiga perkara iaitu
1. Iktiqad yang putus (tiada syak, zan, waham) , kiranya iktiqad tidak putus seperti ada iktiqad syak, zan atau waham maka tidak dinamakan mengenal.

2. Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (berbetulan iktiqad ini dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah) maka tiada dinamakan mengenal jika iktiqad itu tidak berbetulan dengan yang sebenar, seperti iktiqad orang nasrani dan Yahudi.

3. Dengan ada dalil sekalipun dengan dalil ijmali, sebaliknya jika iktiqad putus serta muafakat dengan sebenar tetapi tidak dengan dalil maka dinamakan taklid.

Adapun iktiqad yang tiada putus atau tiada muafakat dengan yang sebenar maka dengan itfak ulama menghukumkan kafir, dan iktiqad orang yang bertaqlid itu bersalah salahan ulama padanya, maka mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taklidnya putus tetapi dihukumkan dia mukmin yang menderhaka jika kuasa ia mengadakan dan mendirikan dalil dengan belajar, kiranya tidak terdaya mendirikan dalil kemudian daripada telah belajar sebab bodohnya maka tiada dihukumkan derhaka.

Adalah makna taqlid itu iaitu menerima perkataan lain dengan tidak mengetahuikan dalil dan keterangan maka taklid itu terbahagi kepada dua bahagian kepercayaan.

Yang taklid jazmi ertinya kepercayaan itu terlekat mata hatinya dengan teguh dan kuat serta tidak berubah atau terbalik semula jika orang yang diikuti itu berbalik sekalipun maka taklid yang seperti ini di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah sah imannya kerana mempunyai jazam kepercayaan.

Yang kedua taklid yang tiada jazam ertinya menerima perkataan orang lain dengan tiada teguh dan tiada kuat.

Sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibu bapanya atau lain- lain berbalik iktiqadnya maka ia pun mengikut berbalik jua maka taklid yang seperti ini dihukumkan tiada sah imannya kerana serupa dengan syak, zan atau waham (yang tiada jazam

Tegasnya adalah iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam khathar (bahaya) dan kebimbangan dan tergantung kebenarannya atas kebenaran atas orang yang diikuti jika benar perjalanan orang yang diikutnya dan yang dipegangnya seperti guru-gurunya maka, yang mengikut itu benarlah jua.

Tetapi jika ada sebaliknya binasalah ia bersama sama dengan orang yang diikutnya.

Dari itu hendaklah seseorang bersungguh sungguh menuntut ilmu aqaidul iman yang sahih supaya terlepas ia daripada syak, zan dan waham di dalam imannya tidak pakai ikut-ikut sahaja istimewa zaman sekarang masa yang telah zahir beberapa banyak ahli bid’ah.
Maka taklid itu mudarat kerana ialah jalan yang membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak sekali-kali dengan hal seorang manusia.

Awaluddin Makrifatullah

4. DI DALAM kitab dikatakan Awaluddin makrifatullah
awal-awal agama ialah mengenal ALLAH. Apabila seseorang itu tidak mengenal ALLAH, segala amal baktinya
tidak akan sampai kepada ALLAH SWT.

Sedangkan, segala perintah suruh yang kita buat sama ada yang berbentuk fardhu mahupun sunat, dan segala perintah larang yang kita jauhi sama ada yang
berbentuk haram mahupun makruh, merupakan hadiah atau ‘persembahan’ yang hendak kita berikan kepada ALLAH SWT.

Kalau kita tidak kenal ALLAH SWT, maka segala ‘hadiah’ itu tidak akan sampai kepada-Nya.

Ibarat kita hendak memberi hadiah kepada seorang raja sedangkan kita tidak kenal raja itu. Hadiah itu tidak akan sampai kepada raja. Kita mungkin memberinya kepada pembesar istana yang kita sangkakan raja.

Kalau kita kenal sungguh sungguh raja itu, barulah
senang kita hendak menyampaikan hadiah kita itu kepadanya.

Begitulah juga dengan segala amal bakti kita yang hendak kita hadiahkan kepada ALLAH SWT, ia hanya akan sampai kepada ALLAH kalau kita mengenal ALLAH SWT sungguh sungguh.

Sebab itulah, perkara terawal dalam ajaran Islam ialah mengenal ALLAH SWT.

Advertisements

Posted on March 26, 2019, in Tazkirah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: