Aqa’idul Iman

Sifat-sifat Yang Wajib Dipelajari

Dalam bab ini, kita akan membahaskan sifat wajib yang pertama bagi ALLAH SWT iaitu sifat Al Wujud.

Perbahasan ini adalah secara tafsili ataupun secara terhurai.

Seperti juga dengan sifat sifat ALLAH yang lain, sifat Wujud ini wajib kita pelajari, fahami dan yakini.

Kalau tidak, tidak sahlah iman kita walaupun kita boleh mengucap dua kalimah shahadat.

Sebagai pengenalan, berikut ialah nama-nama 20 sifat yang wajib bagi ALLAH Taala:
1. Wujud
2. Qidam
3. Baqa’
4. Mukholafatuhu Taala Lil Hawadisi
5. Qiamuhu Binafsihi
6. Wahdaniah
7. Al Qudrat
8. Al Iradat
9. Al Ilmu
10. Al Hayat
11. As Sama’
12. Al Basar
13. Al Qalam
14. Kaunuhu Qadiran
15. Kaunuhu Muridan
16. Kaunuhu ‘Aliman
17. Kaunuhu Sami’an

18. Kaunuhu Hayyan
19. Kaunuhu Basiran dan
20. Kaunuhu Mutakalliman

Selain wajib mengetahui serta meyakini 20 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT itu, kita juga wajib mengetahui dan meyakini bahawa ALLAH SWT itu mempunyai 20 sifat yang mustahil serta satu sifat yang harus.

Kesemuanya apabila dicampurkan menjadi 41 sifat, dan ini dikatakan sifat ketuhanan.

Sifat sifat Kerasulan

Kemudian, kita juga wajib mengetahui dan meyakini sifat sifat kerasulan iaitu empat sifat yang wajib, empat sifat yang mustahil, dan satu sifat yang harus.

Empat sifat yang wajib itu ialah:
1. Siddiq atau benar;
2. Amanah;
3. Tabligh atau menyampaikan; dan
4. Fathanah atau bijaksana.

Empat sifat yang mustahil pula ialah:
1. Dusta;
2. Khianat;
3. Menyembunyikan; dan
4. Bodoh.

Satu sifat rasul yang harus ialah berperangai seperti perangai manusia tetapi tidak menjatuhkan pangkat dan darjatnya sebagai Rasul.

Jadi, jumlah sifat kerasulan ialah sembilan.

Dengan itu, 41 sifat ketuhanan beserta sembilan sifat kerasulan, semuanya menjadi 50 sifat.

Itulah yang kita namakan aqa’idul iman atau kesimpulan iman, dan ia terkandung di dalam ucapan dua kalimah shahadat.

Advertisements

Posted on March 28, 2019, in Tazkirah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: