Category Archives: Tazkirah

Mengenal Diri – MUQADDIMAH

MUQADDIMAH

ISLAM yang Allah redhakan kepada kita yang disampaikan melalui pesuruh-Nya Nabi Muhammad SAW adalah satu syariat yang menyuluh persoalan hidup lahir dan batin.

Syariat lahir disebut syariat. Syariat batin disebut hakikat. Ini amat patut dan sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang mana merupakan kombinasi dan paduan antara jasad lahir dan jasad batin.

Jasad lahir ialah semua anggota kita yang nampak dengan mata kasar.
Manakala jasad batin ialah jasad ghaib yang menggerakkan seluruh anggota lahir yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengetahui, memahami dan apa sahaja yang kita miliki dalam diri kita masing masing (yang lebih dikenali sebagai roh).

Allah SWT menetapkan bahawa syariat lahir adalah untuk diamalkan oleh jasad lahir manakala syariat batin adalah untuk diamalkan oleh jasad batin iaitu roh.

Sesuai dengan lahir batin kita yang berpadu erat tanpa terpisah-pisah maka amalan lahir dan batin wajib dilaksanakan serentak dalam satu masa di semua waktu dan semua keadaan. Kalau kita mengasingkan atau menolak salah satu dari amalan ini kita tidak mungkin menjadi hamba Allah (Islam) yang sebenar sebab Islam memandang syariat itu sebagai kulit, manakala hakikat itu ialah intipati
Kedua duanya sama penting dan saling perlu memerlukan, ibarat kulit dan isi pada buah buahan.
Kedua duanya mesti ada untuk kesempurnaan kewujudan buah itu sendiri. Tanpa kulit isi tidak selamat malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidak ada. Sebaliknya tanpa isi, kulit jadi tiada bererti apa apa. Sebab buah dimakan bukan pada kulit tetapi isinya.

Begitu juga hubungan antara’ syariat dan hakikat, kedua duanya mesti diterima dan diamalkan serentak.
Kedua duanya saling isi mengisi dan perlu,
memerlukan.

Kalau kita bersyariat sahaja (ertinya berkulit sahaja tanpa isi), itu tidak membawa erti apa apa di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW : /
Terjemahannya: Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu. (Riwayat: Muslim)

Sebaliknya kalau kita berhakikat sahaja (isi tanpa kulit), maka tiada jaminan keselamatan oleh Allah SWT. Hakikat itu akan mudah rosak dan kita tiada akan memperolehi apa apa langsung, hatta Islam kita akan rosak tanpa sedar.

Berkata Imam Malik Rahimahullahu Taala:
Terjemahannya: Barangsiapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka ia jadi fasik. Barangsiapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka ia adalah kafir zindik.

Ertinya kita mesti mengamalkan kedua duanya sekali iaitu syariat dan hakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kita bersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat, kita jadi fasik. Dan kalau kita berhakikat sahaja tanpa kawalan syariat, maka hakikat itu akan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh kafir zindik (kafir
tanpa sedar) .

Begitulah kepentingan kedua dua syariat dan hakikat. Tetapi dalam keadaan keduanya, hakikatlah yang lebih utama.Benarlah sabda Rasulullah SAW : Terjemahannya: Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang hati dan
amalan kamu.
(Riwayat: Muslim)
Bukanlah bermakna syariat itu tidak dituntut, bahkan syariat juga adalah hukum hukum yang fardhu yang wajib diamalkan oleh semua umat Islam. Cuma dalam keadaan keduanya (syariat dan hakikat) itu sama sama diamalkan, Allah memberi keutamaan pada amalan hakikat. Bandingannya, antara kulit dan isi buah (dalam keadaan keduanya sama pentingnya) tetapi manusia memberi keutamaan pada isi sebab ia boleh dimakan.

Begitulah peranan hakikat. Ia menjadi penentu kepada berakhlak atau tidaknya seseorang manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia.

Orang yang tinggi pencapaian tasawufnya adalah orang yang hatinya hampir dengan Allah, sentiasa merasakan kebesaran Allah, sedang dirinya maha lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah, sangat beradab dengan Allah dan adalah seorang zahid yang dapat mengorbankan dunia untuk Tuhannya. Seorang zahid juga adalah seorang yang mampu mengasihi semua manusia, bersedia untuk susah untuk manusia dan yang bakal menyelamatkan manusia dari tipuan dunia, nafsu dan syaitan. Sebaliknya orang yang lemah dalam amalan batin adalah orang yang jauh dan terpisah hatinya dari Allah (tidak takut dengan Allah, tidak malu, tidak harap, tidak cinta Allah, tidak redha dan tidak sabar),
kurang beradab dengan Allah (penuh hasad, sombong, bakhil, dendam dan pemarah) dan seorang pencinta dunia yang bekerja keras hanya untuk dunianya.

Orang begini selalu dibelenggu oleh kecintaannya itu hingga menjadikan ia takut untuk berjuang dan berjihad untuk agama Allah dan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi. Orang yang tidak berhakikat (sekalipun sembahyangnya banyak, puasa, baca Quran dan gigih berjuang) adalah orang yang kurang berakhlak dengan Allah dan kurang berakhlak dengan manusia.

Kekurangan pada amalan batin inilah yang menjadikan orang orang yang tidak berhakikat itu
selalunya mati dalam dosa yang tidak sedar. Mungkin dosa kerana buruk sangka dengan Allah, putus asa dengan ketentuan Allah, tidak redha dengan takdir Allah dan dosa kerana merasakan amalan
lahirnyalah yang bakal menyelamatkan dirinya dari neraka Allah. Rasa riak, ujub atau rasa diri bersih itu adalah dosa batin yang tiada siapa yang nampak, bahkan
yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.
Kecualilah orang yang mempunyai basirah (pandangan hati yang tembus) sahaja yang boleh mengesannya.

Nanti di akhirat bila Allah dedahkan segala kesalahannya (dosa dosa batin itu), baru dia terkejut
dan tersentak. Ulama tasawuf berkata: “Biarlah sedikit amalan beserta rasa takut pada Allah, kerana itu lebih baik daripada banyak amalan tetapi tiada rasa takut dengan Allah. Lebih baik orang yang merasa berdosa dan bersalah dengan Allah daripada orang yang banyak amalan tetapi tidak rasa berdosa pada Allah bahkan dia merasa tenang dengan amalan itu.”

Firman Allah:
Tejemahannya: Hari kiamat ialah hari di mana
harta dan anak-anak tidak dapat memberi manfaat, kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera.
(Asy Syuara: 88-89)

Hati yang selamat sejahtera ialah hati yang bertaqwa yang berisi iman, yakin, ikhlas, redha, sabar, syukur, tawakal, takut, harap dan lain-lain rasa hati dengan Allah SWT. Hati yang sentiasa merasa sihat dalam sakit, kaya dalam kemiskinan, ramai dalam keseorangan, lapang dalam kesempitan dan terhibur dengan apa sahaja ujian kerana ia bersikap redha dengan apa sahaja pemberian Tuhannya.

Untuk memperolehi hati yang begini, kita mesti
bersungguh sungguh melawan hawa nafsu untuk melakukan amalan lahir dan batin (syariat dan hakikat). Kedua duanya akan saling kawal mengawal untuk mengangkat kita ke taraf taqwa.

Syariat dan hakikat akan mendidik dan memimpin kita menjadi seorang insan yang kamil yang
mampu memenuhi keinginan dan keperluan fitrah semulajadi manusia secara suci lagi mulia.

Orang beginilah yang Allah maksudkan sebagai
golongan as siddiqin atau golongan al ‘Ariffin. Sifat
mereka Allah senaraikan dalam Surah Al Furqaan
ayat 63 – ‘74:

Terjemahannya: Dan hamba hamba Tuhan Yang Maha Penyayang (hamba hamba yang baik) itu ialah mereka yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil
menyapa mereka, mereka mengucapkan kata kata
(yang mengandungi) keselamatan.

Tejemahannya: Dan mereka yang berjaga di
malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk
Tuhan mereka (orang orang yang bersembahyang tahajjud di malam hari semata mata kerana Allah).
Terjemahannya: Dan orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab jahannam dari kami. Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.

Terjemahannya: Sesungguhnya jahannam itu seburuk buruk tempat menetap dan tempat kediaman.

Terjemahannya: Dan orang orang yang apabila
membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih lebihan dan tidak (pula) kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) pertengahan.

Terjemahannya: Dan mereka juga tidak mengharap (menyembah) yang lain di samping Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah
(orang Islam) kecuali yang dibenarkan syarak
(pembunuh, penzina murtad) dan tidak juga
berzina. Barangsiapa yang melakukan yang demikian itu nescaya dia akan menerima pembalasan
dosanya.

Terjemahannya: (Yakni) akan dilipatgandakan
azab untuknya pada hari kiamat dan dia kekal
dalam azab itu dalam keadaan terhina.

Tejemahannya: Kecuali mereka yang bertaubat,
beriman dan mengerjakan amal soleh, kejahatan
mereka Allah gantikan dengan kebajikan. Dan
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Terjemahannya: Dan orang orang yang bertaubat
dan mengerjakan amal soleh maka sesungguhnya mereka bertaubat kepada Allah dengan taubat yang
sebenar benarnya.
Terjemahannya: Dan orang orang yang tidak
memberikan persaksian palsu dan apabila mereka
bertemu dengan (orang orang) yang mengerjakan
perbuatanbperbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan diri

Terjemahannya: Dan orang orang yang apabila diberi ingatan dengan ayat ayat Tuhan mereka tidaklah mereka menghadapinya sebagai orang orang yang tuli dan buta.

Terjemahannya: Dan orang orang yang sering berdoa: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri isteri kami dan keturunan kami sebagai
penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam
bagi orang orang yang bertaqwa. ”

Merekalah orang orang yang bertaqwa yang akan
memperolehi ketenangan hidup di dunia dan di akhirat. Tempat untuk kita mempelajari dan mencontohi kehidupan yang berbahagia ini ialah kehidupansolafussoleh.

Mereka telah menjalani suatu kehidupan yang
mana mereka menerima dan mengamalkan sepenuhnya kehendak syariat dan hakikat. Dan hasilnya, mereka (para solafussoleh) menjadi orang orang yang bahagia lagi membahagiakan orang lain.

Sejarah 15 abad yang silam memberitahu kepada kita bahawa 3/4 dunia menjadi tenang, aman dan damai di bawah pentadbiran mereka. Dan kawan mahupun lawan terasa selamat berada di dalam kekuasaan mereka.

Demikianlah, dan inilah satu kenyataan bahawa
kiranya manusia patuh menjalani syariat lahir dan
batin, selamat dan berbahagialah mereka di dunia dan di akhirat.

Allah berfirman:
Terjemahannya: Dan Allah telah berjanji kepada
orang orang yang beriman dan yang mengerjakan amal soleh di antara kamu bahawa Dia sungguh sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana diberi kuasa kepada orang sebelum mereka Dia akan meneguhkan bagi mereka
agama yang telah diredhai Nya untuk mereka dan Dia benar benar akan menukar (keadaan) mereka sesudah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah Ku dengan tidak
mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang engkar sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang fasik.
(An NUR: 55)

Advertisements

Pengertian Al Wujud

Pengertian Al Wujud

Berbalik kepada sifat wajib yang pertama bagi ALLAH Taala iaitu Al Wujud, maknanya dari segi bahasa ialah “ada”.

Dalam hal ini, wajib bagi ALLAH SWT itu ada.
Atau dalam ertikata yang lain, wajib adanya atau wujudnya ALLAH SWT itu. Pengertian wajib ini perlu kita fahami benar benar.

Wajib Pada Akal

Di dalam pengajian tauhid, wajib bermaksud wajib pada akal iaitu menghukumkan adanya sesuatu itu dengan bersandarkan perbahasan akal fikiran serta dalil-dalil dan bukti di atas ketetapan hukum itu.

Ini dinamakan wajib akal nazari iaitu khusus kita lakukan untuk menghukum sifat sifat yang wajib bagi ALLAH SWT dengan mendatangkan bahasan akal fikiran serta dalil dalil dan bukti di atas ketetapan hukum itu.

Wajib Akal Dharuri

Wajib akal nazari berbeza dengan wajib akal dharuri iaitu yang menghukum sesuatu itu tetap adanya dengan tidak perlu didatangkan dalil dan bukti melalui bahasan, seperti menghukum 1 itu separuh daripada 2. Oleh kerana wajib yang kita maksudkan pada sifat Al Wujud bagi ALLAH SWT ini adalah wajib pada akal, maka tidak diterima oleh akal akan tidak adanya atau tidak wujudnya zat ALLAH SWT itu.

Ertinya, akal hanya mahu menerima tentang adanya zat ALLAH SWT tetapi tidak mahu menerima yang sebaliknya.
Kalau ada orang yang mengatakan yang ALLAH SWT itu tidak wujud atau tidak ada, maka akal tidak sekali-kali mahu menerimanya. Yang akal mahu terima ialah bahawa ALLAH SWT itu ada atau wujud.

Hakikatnya, wajiblah adanya zat ALLAH SWT itu. Ia tetap ada dan benar ada, dan wajib bagi kita meyakini adanya zat ALLAH SWT itu. Jangan sampai keyakinan kita ini tergelincir kerana kalau tergelincir dengan salah satu sebab sama ada syak, zan atau waham, maka tergelincirlah aqidah kita.
Manakala aqidah kita tergelincir, akan sesatlah kita.

Zat ALLAH Tiada Siapa Yang Jadikan

Kemudian, adanya zat ALLAH itu tidak ada yang menjadikannya. Ini khususiah bagi zat ALLAH SWT sahaja.
Ertinya, bila kita katakan wajib adanya zat ALLAH SWT itu, pengertian “ada” di sini adalah ada yang tidak ada yang menjadikan-Nya. Tidak seperti adanya benda benda lain seperti makhluk dan alam ini.

Misalnya, bila kita sebut diri kita ini bersifat ada, maksud “ada” di sini ia lah bahawa adanya diri kita ini disebabkan ada yang menjadikannya.
Kalau tidak ada yang menjadikannya, maka tidak adalah diri kita ini. Namun seluruh makhluk dan alam ini, termasuklah diri kita, tidak pula boleh kita katakan tidak ada. Semua itu ada, tetapi adanya adalah disebabkan ada yang menjadikan. Dan yang menjadikannya ialah ALLAH SWT.

Hanya wujudnya atau adanya ALLAH SWT itu sahaja, tiada siapa yang menjadikan. Berbeza sekali dengan wujudnya makhluk yang telah ada ini. Bukan saja adanya ALLAH SWT itu tidak ada siapa yang menjadikannya, malah wujudnya zat ALLAH SWT itu juga bukan dikeranakan oleh sesuatu sebab.

Ertinya, adanya atau wujudnya zat ALLAH SWT itu tidak bersebab sebagaimana kejadian makhluk atau seluruh alam ini. Makhluk atau seluruh alam ini disebut juga sebagai ‘baharu’.

Baharu di sini bererti ‘selain daripada ALLAH’ atau masiwallah.Yang baharu adalah seperti manusia, haiwan, tumbuh tumbuhan, bukit bukau, gunung ganang, laut, ikan, binatang yang melata, seluruh langit dan isi langit, seluruh bumi dan isi bumi, seluruh yang ada di antara langit dan bumi, alam ghaib termasuklah Alam Kubur, alam Akhirat, alam Jabarut, dan lain-lainnya.

Kita katakan bahawa semua itu ‘baharu’ kerana ia ada yang membaharukan atau yang menjadikan. Itulah ALLAH SWT.

WujudNya Tanpa Sebab

Jadi perlulah kita fahami benar-benar akan hakikat wujudnya ALLAH SWT, iaitu tanpa bersebab. Tidak seperti kejadian setiap yang baharu yang semuanya dikeranakan oleh satu satu sebab. Seperti misalnya, adanya kita ini disebabkan oleh adanya ibu bapa. Ertinya, perkahwinan menyebabkan lahirnya zuriat.
Atau dalam perkataan lain, bolehlah kita katakan, lahirnya zuriat itu disebabkan oleh perkahwinan.

Sama jugalah dalam kejadian kejadian yang lain seperti kenyang disebabkan oleh makan, hilangnya dahaga disebabkan oleh minum, kaya disebabkan berusaha bersungguh sungguh, kejayaan disebabkan jihad dan perjuangan yang gigih, mati disebabkan oleh sakit, dan begitulah seterusnya.

Tiap tiap sesuatu itu terjadi kerana ada sebab sebabnya.
Cuma Allah sahaja yang adanya tidak bersebab.
Barangsiapa mengatakan kejadian ALLAH SWT itu ada sebab sebabnya, dia telah melakukan satu pembohongan yang paling besar. Pembohongan yang demikian adalah pengakuan sesat, dan sekiranya dia mati tanpa sempat memperbetulkan pengakuannya, dia akan terjerumus ke dalam Neraka, kekal abadi di dalamnya, wal’iyazubillah.
… bersambung..

Aqa’idul Iman

Sifat-sifat Yang Wajib Dipelajari

Dalam bab ini, kita akan membahaskan sifat wajib yang pertama bagi ALLAH SWT iaitu sifat Al Wujud.

Perbahasan ini adalah secara tafsili ataupun secara terhurai.

Seperti juga dengan sifat sifat ALLAH yang lain, sifat Wujud ini wajib kita pelajari, fahami dan yakini.

Kalau tidak, tidak sahlah iman kita walaupun kita boleh mengucap dua kalimah shahadat.

Sebagai pengenalan, berikut ialah nama-nama 20 sifat yang wajib bagi ALLAH Taala:
1. Wujud
2. Qidam
3. Baqa’
4. Mukholafatuhu Taala Lil Hawadisi
5. Qiamuhu Binafsihi
6. Wahdaniah
7. Al Qudrat
8. Al Iradat
9. Al Ilmu
10. Al Hayat
11. As Sama’
12. Al Basar
13. Al Qalam
14. Kaunuhu Qadiran
15. Kaunuhu Muridan
16. Kaunuhu ‘Aliman
17. Kaunuhu Sami’an

18. Kaunuhu Hayyan
19. Kaunuhu Basiran dan
20. Kaunuhu Mutakalliman

Selain wajib mengetahui serta meyakini 20 sifat yang wajib bagi ALLAH SWT itu, kita juga wajib mengetahui dan meyakini bahawa ALLAH SWT itu mempunyai 20 sifat yang mustahil serta satu sifat yang harus.

Kesemuanya apabila dicampurkan menjadi 41 sifat, dan ini dikatakan sifat ketuhanan.

Sifat sifat Kerasulan

Kemudian, kita juga wajib mengetahui dan meyakini sifat sifat kerasulan iaitu empat sifat yang wajib, empat sifat yang mustahil, dan satu sifat yang harus.

Empat sifat yang wajib itu ialah:
1. Siddiq atau benar;
2. Amanah;
3. Tabligh atau menyampaikan; dan
4. Fathanah atau bijaksana.

Empat sifat yang mustahil pula ialah:
1. Dusta;
2. Khianat;
3. Menyembunyikan; dan
4. Bodoh.

Satu sifat rasul yang harus ialah berperangai seperti perangai manusia tetapi tidak menjatuhkan pangkat dan darjatnya sebagai Rasul.

Jadi, jumlah sifat kerasulan ialah sembilan.

Dengan itu, 41 sifat ketuhanan beserta sembilan sifat kerasulan, semuanya menjadi 50 sifat.

Itulah yang kita namakan aqa’idul iman atau kesimpulan iman, dan ia terkandung di dalam ucapan dua kalimah shahadat.

Islam Laksana Sebatang Pokok

Ayat Quran dari Surah Ibrahim ayat ke 24 hingga 25 yang bermaksud :

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana ALLAH telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (kalimah Tauhid) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. ALLAH membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat
[ Surah Ibrahim 24-25 ]

Mengenal Diri – 2

Sedang berlaku di hadapan mata kita kini penyakit penyakit putus asa, kecewa, resah, gelisah, penderitaan jiwa, kacau bilau fikiran, rasa rendah diri (inferiority complex), kesunyian, kekosongan hati, rasa keseorangan (loneliness), ketegangan perasaan dan berbagai bagai lagi bentuk sakit jiwa.

Dan sedang berleluasa juga di dalam masyarakat Islam hari ini penyakit penyakit hasad dengki, bakhil, gila dunia, pendendam, cepat marah, jahat sangka, sombong, riak, ujub dan lain-lain.

Walaupun sakitnya tidak nampak oleh mata kasar kita, namun siapa berani menafikan hakikat ini?

Bahawa bilangan orang orang yang menderita sakit atau krisis jiwa di saat ini lebih ramai daripada bilangan penderita penderita sakit fizikal yang ada dihospital hospital. Tetapi aneh, kepakaran dan keintelektualan tidak begitu serius difikirkan untuk pengubatan kepada pesakit batin ini, sepertimana seriusnya mereka berusaha terhadap pengubatan fizikal lahiriah manusia.

Apakah mereka tidak sedar bahawa pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dan lain lain itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh orang lain? Tetapi pesakit-pesakit batin, pesakit jiwa, kekosongan, rendah diri, putus asa, hasad dengki, dendam, pemarah, buruk sangka dan lain lain itu akan memungkinkan manusia membunuh diri sendiri atau membunuh orang lain?

Demikian satu bukti bahawa penyakit penyakit batin itu sebenarnya memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih serius daripada rawatan kepada penyakit penyakit lahir.

Bukan sahaja kerana penyakit batin lebih menyeksakan individu pesakit, tetapi ia bakal memungkinkan kusut dan kucar kacirnya sesebuah masyarakat.

Telah datang Nabi Muhammad SAW ke tengah manusia. Baginda melihat kekusutan dan kemungkaran yang sedang meracuni kehidupan masyarakatnya.

Seorang diri baginda bangun dan bekerja untuk
menyelamatkan manusia. Institusi pertama yang
baginda bangunkan ialah masjid, satu tempat di mana manusia membersihkan hatinya, melembutkan hatinya, menenangkan hatinya, melapangkan dadanya, membebaskan diri dari ikatan dunianya, iaitu dengan membesarkan Tuhannya melalui sembahyang dan ibadah ibadah lain.

Rasulullah memandang keselamatan ,manusia
ialah pada keselamatan hatinya (rohnya) bukan jasadlahirnya.

Sebab itu baginda bekerja mengubah dan
mengubat hati mereka dan baginda berjaya.

Kita kini sedang melihat kekusutan dalam masyarakat kita sama sebagaimana apa yang disaksikan oleh baginda Rasul lebih 1400 tahun dulu. Kalau baginda telah berjaya terhadap masyarakatnya, mengapa kita tidak mengikut jejak langkahnya?

Kita ubati dulu mazmumah dan krisis jiwa kita, ahli ahli kita dan masyarakat kita. Kita ketengahkan pada masyarakat pengertian hidup yang hakiki yang dapat mengembalikan manusia pada fitrahnya.

Kita contohkan satu formula yang menjamin kebahagiaan hati dan keselamatannya. Kita perjuangkan kehidupan “sunnah” yang semuanya membawa manusia kepada syurga dunia dan akhirat.

Mana ada selain Islam satu cara hidup yang dapat menjadikan kita terhibur dengan kemiskinan, kesunyian, kesakitan, keseorangan, kematian orang yang dikasihi, kegagalan dan dengan segala bentuk ujian.

Mana ada selain Islam cara hidup yang mengikat hati antara suami dengan isteri, anak dengan ibu bapa, pengikut dengan pemimpin, pekerja dengan majikan? Mana ada selain Islam cara hidup yang mengajar kita berkasih sayang, bertolak ansur, pemurah, berbaik sangka dan tolong menolong? Mana ada selain Islam cara hidup yang membangkitkan cinta agung manusia pada Penciptanya hingga kerana itu manusia mengorbankan hidupnya untuk Tuhannya dan menanti kematian sebagai penantian seorang kekasih kepada pertemuan dengan kekasihnya?

Islam mengajak kita menelek hati kita, mengenalinya dan mengubat sakitnya.

Apabila hati sudah terubat, saudara akan temui hati-hati saudara penuh dengan “cahaya” kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan.

Dan itulah syurga sementara sebelum saudara bertemu Allah untuk menerima syurga yang kekal abadi.

Buku Mengenal diri melalui Rasa Hati ini memandu saya dan saudara untuk melegakan krisis jiwa, ketegangan fikiran dan kejahatan batin kita. InsyaAllah.

Mudah-mudahan kita akan perolehi keselamatan dan kebahagiaan hidup sebagaimana yang Allah
janjikan.

Dengan berkat kebesaran-Mu ya Allah, Nabi dan Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat baginda, wali wali Mu, jadikanlah ya Allah, catatan ini sebagai ubat pada jiwa kami dan selamatkan hati hati kami sebagaimana keselamatan yang Engkau maksudkan dalam firman-Mu: ,

Terjemahannya: Hari Qiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) di mana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yang mengadap Allah membawa hati yang selamat
(Asy Syuara’: 88.89)

Mengenal Diri – 1

DARI HATl KE HATI

Kepada semua yang sentiasa
mendoakanku maka inilah ucapan terima kasih dariku:

ANDAIKATA satu dari anggota-anggotamu tidak lagi dapat digunakan, engkau masih wajib besyukur pada Tuhan kerana masih ada 1001 jenis anggota lagi yang ada pada dirimu yang masih boleh digunakan.

TIDAK mengapa kalau kakimu sakit, asalkan hatimu tidak sakit. kerana kalau kakimu sakit, engkau hanya tidak dapat berjalan, tapi kalau hatimu sakit, engkau akan hilang kebahagiaan.

DUA bulan aku terlantar sakit, rupanya Tuhan mahu aku belajar terutamanya mengenal diri sendiri

DALAM catatan ini adalah sebahagian dari pelajaran yang aku perolehi semasa aku terlantar sakit akibat
kemalangan jalan raya.

RUPANYA begitu pendidikan Tuhan yang Maha Hakim lagi Rahim, di dalam bala ada rahmat.

Hamba yang berdosa

ERTI MENGENAL TUHAN

ERTI MENGENAL TUHAN

Mengenal Tuhan ertinya mengenal tujuan mati dan hidup.
Kerana Tuhanlah kita hidup dan mati.
Mengenal Tuhan ertinya mengenal tempat rujuk, mengenal tempat berlindung, mengenal tempat menyerah diri, mengenal tempat mengadu, mengenal tempat bermanja.
Mengenal Tuhan ertinya mengenal perbuatan Tuhan ke atas diri kita.
Semuanya yang berlaku pada diri kita adalah mengandungi hikmah dan pengajaran yang berguna.
Apabila mengenal Tuhan barulah kita rasa seronok melaksanakan syariat-Nya.
Dengan syariat-Nya kita akan selamat dan menyelamatkan.
Kerana syariat itu adalah disiplin kehidupan.
Disiplin adalah sangat diperlukan oleh setiap insan.
Dengan disiplin manusia hidup teratur.
Setiap masa ada program yang tertentu untuk faedah manusia.
Masa tidak terbuang, setiap ruang masa ada jadual hidup yang berguna.
Dengan syariat manusia hormat-menghormati satu sama lain.
Dapat bekerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung.
Kemajuan pun terbangun, hidup berkasih sayang dan harmoni juga wujud.
Berlakulah maaf-bermaafan, bertolak ansur, berlapang dada sesama manusia.
Syariat mendisiplinkan manusia hidup secara bersih, rajin dan cergas.
Bersih daripada pengkhianatan, penzaliman, daripada jatuh-menjatuhkan, daripada rasuah.
Setiap orang ingin hidup bersih, maka terjauhlah segala maksiat dan jenayah.
Apabila bersyariat bertunjangkan iman kerana Tuhan telah dikenal.
Dari syariat lahirlah akhlak yang mulia dan peribadi yang tinggi moralnya.
Akhlak yang mulia itulah pendorong perpaduan, kedamaian, kasih sayang dan keharmonian.
Maka berlakulah manusia di dunia seolah-olah satu keluarga.
Ini telah pernah berlaku di dalam sejarah.
Terutama di zaman Rasulullah SAW yang begitu indah.

Menjelang tidur
02 – 07 – 2000

Akidah Mukmin

AKIDAH MUKMIN

Mengenal Allah
Mengenal Tuhan itu fardhu ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namanya dan sifat sifatnya yang disuruh oleh syarak asy syarif dengan ajaran daripada rasul-rasul.

Maka bagi Tuhan ada banyak nama-nama yang molek dan sifat-sifat yang maha besar dan yang maha tinggi.

Nama Tuhan yang lebih masyhur di antara segala nama-namanya ialah ALLAH disebut lafzul jalalah (lafaz yang maha besar) maka yang lain daripada ini diketahui daripada Quran dan Hadis semuanya itu masyhur di sisi orang Islam sebahagian daripadanya Ar Rahman, Ar Rahim, Al Quddus, As Salam, Al Mukmin.

Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagi:

1. Mengetahui sifat-sifat Tuhan dengan ijmali (ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus bahawasanya wajib bagi ALLAH Taala bersifat dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang lain dengan keadaan keTuhanan dan mustahil atasnya bersifat dengan apa apa jua sifat kekurangan.

2. Mengetahui sifat-sifat Tuhan dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli bahawasanya wajib bagi ALLAH Taala dua puluh sifat yang wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli bahawasanya mustahil atas ALLAH Taala bersifat segala lawan sifat yang wajib dua puluh itu

Adalah dikehendaki dengan mengenal Tuhan itu hendaklah mengetahui tiga perkara iaitu
1. Iktiqad yang putus (tiada syak, zan, waham) , kiranya iktiqad tidak putus seperti ada iktiqad syak, zan atau waham maka tidak dinamakan mengenal.

2. Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (berbetulan iktiqad ini dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah) maka tiada dinamakan mengenal jika iktiqad itu tidak berbetulan dengan yang sebenar, seperti iktiqad orang nasrani dan Yahudi.

3. Dengan ada dalil sekalipun dengan dalil ijmali, sebaliknya jika iktiqad putus serta muafakat dengan sebenar tetapi tidak dengan dalil maka dinamakan taklid.

Adapun iktiqad yang tiada putus atau tiada muafakat dengan yang sebenar maka dengan itfak ulama menghukumkan kafir, dan iktiqad orang yang bertaqlid itu bersalah salahan ulama padanya, maka mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taklidnya putus tetapi dihukumkan dia mukmin yang menderhaka jika kuasa ia mengadakan dan mendirikan dalil dengan belajar, kiranya tidak terdaya mendirikan dalil kemudian daripada telah belajar sebab bodohnya maka tiada dihukumkan derhaka.

Adalah makna taqlid itu iaitu menerima perkataan lain dengan tidak mengetahuikan dalil dan keterangan maka taklid itu terbahagi kepada dua bahagian kepercayaan.

Yang taklid jazmi ertinya kepercayaan itu terlekat mata hatinya dengan teguh dan kuat serta tidak berubah atau terbalik semula jika orang yang diikuti itu berbalik sekalipun maka taklid yang seperti ini di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah sah imannya kerana mempunyai jazam kepercayaan.

Yang kedua taklid yang tiada jazam ertinya menerima perkataan orang lain dengan tiada teguh dan tiada kuat.

Sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibu bapanya atau lain- lain berbalik iktiqadnya maka ia pun mengikut berbalik jua maka taklid yang seperti ini dihukumkan tiada sah imannya kerana serupa dengan syak, zan atau waham (yang tiada jazam

Tegasnya adalah iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam khathar (bahaya) dan kebimbangan dan tergantung kebenarannya atas kebenaran atas orang yang diikuti jika benar perjalanan orang yang diikutnya dan yang dipegangnya seperti guru-gurunya maka, yang mengikut itu benarlah jua.

Tetapi jika ada sebaliknya binasalah ia bersama sama dengan orang yang diikutnya.

Dari itu hendaklah seseorang bersungguh sungguh menuntut ilmu aqaidul iman yang sahih supaya terlepas ia daripada syak, zan dan waham di dalam imannya tidak pakai ikut-ikut sahaja istimewa zaman sekarang masa yang telah zahir beberapa banyak ahli bid’ah.
Maka taklid itu mudarat kerana ialah jalan yang membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada layak sekali-kali dengan hal seorang manusia.

Awaluddin Makrifatullah

4. DI DALAM kitab dikatakan Awaluddin makrifatullah
awal-awal agama ialah mengenal ALLAH. Apabila seseorang itu tidak mengenal ALLAH, segala amal baktinya
tidak akan sampai kepada ALLAH SWT.

Sedangkan, segala perintah suruh yang kita buat sama ada yang berbentuk fardhu mahupun sunat, dan segala perintah larang yang kita jauhi sama ada yang
berbentuk haram mahupun makruh, merupakan hadiah atau ‘persembahan’ yang hendak kita berikan kepada ALLAH SWT.

Kalau kita tidak kenal ALLAH SWT, maka segala ‘hadiah’ itu tidak akan sampai kepada-Nya.

Ibarat kita hendak memberi hadiah kepada seorang raja sedangkan kita tidak kenal raja itu. Hadiah itu tidak akan sampai kepada raja. Kita mungkin memberinya kepada pembesar istana yang kita sangkakan raja.

Kalau kita kenal sungguh sungguh raja itu, barulah
senang kita hendak menyampaikan hadiah kita itu kepadanya.

Begitulah juga dengan segala amal bakti kita yang hendak kita hadiahkan kepada ALLAH SWT, ia hanya akan sampai kepada ALLAH kalau kita mengenal ALLAH SWT sungguh sungguh.

Sebab itulah, perkara terawal dalam ajaran Islam ialah mengenal ALLAH SWT.

Risalah Tauhid – 1

Perkara perkara yang berkaitan dengan ilmu usuluddin ialah:

1. Keyakinan kita dengan ALLAH dan sifat sifat Nya sama ada sifat sifat yang wajib, sifat sifat yang mustahil atau sifat sifat yang harus.

2. Keyakinan kita dengan para rasul dan sifat sifatnya.

3. Keyakinan dengan kitab kitab yang pernah diturunkan oleh ALLAH seperti Al Quran, Zabur, Injil dan Taurat.

4. Keyakinan kepada para malaikat.

5. Keyakinan pada Qadha dan Qadar ALLAH.

6. Yakin kepada Syurga dan Neraka serta perkara perkara lain yang merangkumi perkara dialam ghaib

Maka ilmu usuluddin yang menjadi asas kepada ajaran Islam merupakan ilmu yang paling penting.

Ia menjadi perkara utama dan pertama untuk setiap individu Islam yang mukallaf mempelajarinya.

Belajar ilmu usuluddin ini hukumnya fardhu ain yakni wajib bagi setiap individu yang mukallaf.

Bahkan jatuh berdosa besar bagi orang yang tidak mempelajarinya.

Hatta boleh jatuh kufur secara tidak sedar kalau jahil tentang ilmu ini.

Ilmu usuluddin yang berkait dengan ALLAH dan sifat sifat Nya, kalau tidak dipelajari, paling mudah untuk menyebabkan terjatuh kepada kufur.

Sebab itu dihukumkan wajib bagi setiap mukallaf mempelajarinya terlebih dahulu mendahului ilmu ilmu yang lain.

Dalam Hadis, Rasulullah SAW ada menyebut:
Terjemahannya: Awal awal agama ialah mengenal Allah

Oleh itu ilmu usuluddin itu tidak boleh dicuaikan dari mempelajarinya.

Supaya ia dapat dijadikan pegangan dan keyakinan yang mantap (teguh) di hati.

Tanpa dicelahi dengan unsur unsur jahil, syak, zan dan waham.

Sekiranya dicelahi oleh jahil, syak, zan dan waham, atau salah satu darinya, maka seluruh amal ibadah itu tidak sah atau tertolak.

Ertinya tidak dapat apa apa di sisi ALLAH. Amalan itu hanya sia sia sahaja.

Walau bagaimana baik dan kemas sekalipun ibadah yang dipersembahkan pada ALLAH, sekiranya dicelahi oleh salah satu daripadanya, maka ibadah itu akan dicampak semula ke muka pengamalnya.

Mengikut kebiasaan, walaupun cantik amalan syariat atau akhlak, ia masih tetap bergantung kepada aqidah.

Sekiranya aqidahnya baik, maka baiklah syariat dan akhlaknya.

Tetapi kalau aqidahnya rosak, maka rosaklah syariat dan akhlaknya.

Tamsilannya seperti sebatang pokok.

Kalau pokok nya subur, itu adalah kesan daripada akar tunjang yang kuat tadi.

Yang menjadikan ianya berdaun, menghijau, menghasilkan bunga cantik dan harum mewangi serta buah yang banyak (lebat) lagi sedap rasanya.

Sehingga menjadikan kepingin semua makhluk terutama manusia untuk mendekati dan bernaung di bawahnya serta mengambil manfaat darinya.

Begitulah juga bagi mereka yang aqidahnya baik, tentunya syariatnya jadi sempurna dan akhlaknya cantik.

Semua hukum hakam yang lima yakni yang wajib dan sunat dapat ditegakkan, yang haram dan makruh dapat dijauhi, dan yang harus (mubah) terpulang hingga ia mencorak hidup individu dan masyarakat.

Di sinilah pentingnya pelajaran aqidah atau usuluddin ini kerana ia boleh mencorakkan hati seseorang.

Sehingga yang lahir dalam tindakan adalah gambaran hatinya itu.

Alhasil, kalau sudah ramai yang aqidahnya tepat dan kuat, maka akan lahirlah negara yang aman makmur yang mendapat keampunan ALLAH.

Kerana aqidah yang tepat dan kuat itu mendorong hamba hamba Nya bersyariat dan berakhlak atau menjadi orang yang bertaqwa.
…Bersambung…

Aqidah Mukmin – siri 1

DI DALAM ajaran Islam, secara umum ilmu ilmu yang penting itu boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

1. Usuluddin (aqidah)
2. Feqah (syariat)
3. Tasawuf (akhlak)

Setiap orang Islam mestilah melaksanakan secara serentak ketiga tiga ilmu tadi.

Sama ada dari segi teori mahupun praktikal, atau dari segi ilmiah dan amaliahnya.

Tiga ilmu ini merupakan tiga serangkai yang tidak boleh dipisah pisahkan.

Kalau dipisah pisahkan salah satu daripada tiga serangkai itu, maka akibatnya rosaklah yang lainnya.

Ertinya amalan Islam itu menjadi sah apabila ketiga tiga ilmu tersebut dilaksanakan sekaligus dan serentak.

Ia tidak boleh diamalkan satu satu sahaja tanpa yang lain.

Ber‘feqah’ saja atau ber‘usuluddin’ saja atau berakhlak saja, tentu akan merosakkan keIslaman seseorang.

Jadi tiga serangkai ilmu ini tidak boleh dipisah pisahkan dalam seluruh tindakan hidup.

Kalau dipisahkan dalam pengamalan seharian, paling tidak seseorang itu akan jadi orang fasiq.

Bahkan berkemungkinan ia akan jatuh kepada kafir tanpa ia sedar.

Dari ketiga tiga ilmu ini, tapak atau ilmu usuluddin.

Di atas tapak ilmu yang menjadi pegangan dan keyakinan setiap orang Islam itu, maka ditegakkan syariat (feqah) dan akhlak (tasawuf).

Kalau diibaratkan kepada sebuah bangunan, usuluddin itu adalah bangunan rumah serta peralatan peralatannya itulah syariat dan akhlak.

Kalau begitu rumah dan peralatan rumah itu tidak dapat ditegakkan sekiranya foundation rumah tersebut tidak ada.

Atau ‘ia tidak kukuh dan tidak kuat.

Justeru itu, dalam ajaran Islam:

1. Usuluddin itu adalah asas Islam atau tapak Islam.

2. Syariat dan tasawuf ialah furu’ dan cabang cabangnya.

Kalau begitu, ilmu usuluddin dalam ajaran Islam amat penting dan utama.

Kerana ia mengesahkan syariat dan akhlak.

Syariat dan akhlak tidak ada nilai di sisi ALLAH, kalau aqidah atau usuluddinnya telah rosak.
..BERSAMBUNG….