Abid Di Malam Hari

Assalamualaikum dan salam ceria

Abid Di Malam Hari

Di waktu malam sepi, sunyi.
Abid-abid pencinta Allah bangun membersihkan diri.
Menyembah, membesarkan, memuji, mensucikan Allah sepuas hati.
Memohon ampun, meminta kemaafan kepada Allah sepenuh hati.
Mengharap rahmat-Nya meminta dirahmati dan maghfirah.
Memohon keredhaan Allah dengan merendah diri.
Adakalanya air mata mengalir ke pipinya.
Hati menangis, mengenang nasib di hujung hidupnya nanti.
Si abid membisikkan permintaan, harap dikabulkan.
Dengan penuh tawadhuk, merendah diri sepenuh hati.
Meminta hidayah, meminta taufik, meminta husnul khatimah.
Dengan penuh keyakinan dan dengan penuh harapan.
Begitulah pencinta-pencinta Allah Taala di malam hari sunyi.
Di dalam suasana hening, sepi mengadu dengan Tuhannya sepenuh hati.
Memohon hidayah, memohon iman dan maghfirah.
Meminta dimaafkan segala kesalahan dan kecuaian.
Mereka bangun setiap malam tanpa jemu-jemunya.
Merendah diri, menebalkan rasa kehambaan, menajamkan perasaan bertuhan.
Agar mereka dikasihani dan diredhai-Nya.
Tuhan adalah Maha Pengasih lagi Penyayang.
kepada hamba-hamba-Nya yang kembali kepada-Nya.

31.12.2002

Advertisements

Betulkan Aqidah Umat

Assalamualaikum dan salam ceria..

Sajak mursyid untuk dibacakan pada hari Rabu tanggal 2 Januari 2019

Betulkan Aqidah Umat

Aqidah umat sudah terlalu rosaknya.
Setiap kejadian tidak dikaitkan lagi dengan Tuhan.
Kerana atau sebablah yang merosakkan.
Bukan kehendak dan kuasa Tuhanlah yang melakukan.
Banjir berlaku, hujan lebat lah yang menjadikan.
Bukan Tuhan lakukan untuk peringatan.
Gunung berapi meletup memusnahkan nyawa dan harta.
Belerang yang terlalu panas di dalamnya yang meledakkan.
Bumi bergoncang gempa bumi namanya.
Meruntuhkan apa sahaja.
Ada sebab-sebab tertentu yang menggoncang.
Padahal itu adalah amaran Tuhan kepada mereka yang membuat mungkar.
Hukuman yang dilakukan di dunia lagi, agar manusia sedar.
Memanglah Tuhan telah membuat ketentuan.
Apa sahaja kejadian baik dan buruk Tuhan jadikan sebabnya dahulu.
Sebab kan Tuhan yang menjadikan untuk berlaku sesuatu.
Ertinya bukan sebab yang melakukan.
Tapi Tuhan yang menjadikan sebab, akan melakukan.
Begitulah rosaknya aqidah umat termasuk yang Islam.
Mereka telah syirik dengan Tuhan, kerana keyakinan.
Segala-galanya tidak akan terjadi kalau bukan kehendak Tuhan.
Bukan sebab-sebab yang dijadikan yang melakukan.
Betulkan aqidah.
Takutlah Tuhan yang menjadikan apa sahaja.

22 November 2002

Cara Orang Mukmin Gembira

Assalamualaikum dan salam ceria..

Sajak mursyid untuk dibacakan pada hari Selasa tanggal 1 Januari 2019

Cara Orang Mukmin Gembira

Janganlah ketawa terbahak-bahak atau berdekah-dekah.
Ia boleh melalaikan hati.
Hati yang lalai akan menjadi keras.
Hati yang keras payah menerima kebenaran.
Janganlah terlalu suka, kematian bila-bila boleh tiba.
Orang mukmin selalu sahaja dukacita.
Kerana mengenang dosanya, mengenang kelemahannya, mengenang kelalaiannya.
Orang mukmin merasakan kematiannya di depan mata, bila-bila masa.
Orang mukmin kakinya di dunia, hatinya di Akhirat sana.
Dia tidak tahu nasibnya.
Kerana itulah hatinya gundah gulana.
Orang mukmin sukanya ialah bersyukur.
Dapat membuat baik, dapat menolong manusia.
Dia sentiasa tenang, tidak gopoh, berhati-hati,
berdisiplin hidupnya.
Dapat nikmat terasa malu dengan Tuhannya.
Kedatangan bala sabar menerimanya.
Ketentuan Tuhan dia redha.
Simpati dengan fakir miskin, belas kasihan dengan anak-anak yatim dan janda-janda.
Hatinya dengan Tuhan, badannya dengan manusia.
Sentiasa rasa berdosa, rasa hina, rasa lemah, rasa tidak berguna.
Ibadahnya sangat dijaga, istiqamah mengerjakannya.
Ibadah jadi budaya, sangat menghayatinya.
Kesan ibadahnya dapat dilihat pada akhlak mulianya.

Menjelang tidur
22.03.2004

Orang mukmin sukanya ialah bersyukur.

Dapat membuat baik, dapat menolong manusia.

Kisah Kuih Melayu

Salam ceria…

Hari ini PH nak kongsi cerita menarik, pasal kuih. Moga dapat jadi pengajaran kepada kita semua..

“KALAU TAK UNTUNG, KENAPA MAKCIK BERNIAGA”

“Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3,” kata Nora.

“Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?” tanya makcik itu.

“50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?” tanya Nora secara berseloroh. “Bolehlah, saya tambah lagi satu biji.”

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

“50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik,” jawab makcik itu.

“Ye ke ni cik?” tanya Nora semula.

“Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” jawab makcik.

Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.

“Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?” tanya makcik itu.

“Tengahari, dalam jam 11 macam tu,” agak Nora.

“Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi,” jawab Makcik tu. “Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah,” beritahu makcik itu.

“Sekarang pukul berapa ni dik?” tanya makcik itu lagi kepada Nora.

“5 suku,” jawab Nora.

“Adik pelanggan kedua makcik hari ni,” jawab makcik itu. “Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20.”

Nora diam sahaja.

“Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga,” kata makcik itu sambil mengangkat jari. “Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20.”

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.

“Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat,” beritahu makcik tu. “Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?”

“Sejam lebih,” agak Nora lagi. “Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?”

Makcik itu merenung muka Nora.

“Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu,” jawab makcik itu. “Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. “

Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, “tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik.”

Nora terdiam tertanya-tanya. “Pelik macam mana tu Cik?”

“Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal,” Makcik itu senyum.

Nora terdiam lagi.

“Adik pernah cuba buat kuih orang kita?” tanya makcik itu tiba-tiba.

“Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu,” jawab Nora.

“Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?” tanya makcik tu.

Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.

“Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah,” kata makcik itu. “Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada.”

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

“Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua,” kata makcik tu.

“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?” tanya makcik tu.

“Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?” Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.”Eh, makcik, ni kan duit kuih saya,” kata Nora.

“Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan,” jawab makcik itu.

“Kenapa pula makcik?” tanya Nora kehairanan.

“Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita,” jawab makcik itu.

“Saya mampu makcik,” balas Nora.

“50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu,” kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

😊😊☺️

janganlah berkira, banyaklah sedekah.

SHARE JIKA ADA MORAL & BERMANFAAT

Di mana pun kena bersembahyang!

Salam ceria. Islam menang dan terus menang. Umat Islam perlu kuat hubungan dengan Allah, kerana kita dicipta sebagai hamba-hamba Allah. Tugas hamba Allah adalah beribadah kepada Allah, ibadah yang …

Source: Di mana pun kena bersembahyang!

LUKISAN ALAM INDAH CIPTAAN ALLAH DI PLUZINE, MONTENEGRO. Kembara Berkat Bosnia VIII

Salam ceria. 3hb Julai 2018, jam 11 pagi, kami berhenti di Pluzine, Montenegro. Terima kasih pada YBM Tuan Nasiruddin kerana memberi peluang kami melihat sendiri keindahan bumi ciptaan Tuhan dengan…

Source: LUKISAN ALAM INDAH CIPTAAN ALLAH DI PLUZINE, MONTENEGRO. Kembara Berkat Bosnia VIII

SIKAP SEORANG HAMBA YANG SEBAIK-BAIKNYA

Bagaimana sikap seorang hamba yang sebaik-baiknya. Iaitu beribadahlah sebanyak-banyaknya dan buatlah kebaikan semampu yang termungkin. Kemudian rasakanlah ibadah dan kebaikan itu tidak sempurna. At…

Source: SIKAP SEORANG HAMBA YANG SEBAIK-BAIKNYA

Ternakan Itik Penelur RPU GISBH Jordan

Sila klik gambar di atas untuk video.

Source: Ternakan Itik Penelur RPU GISBH Jordan

RPU DI GUEST HOUSE 3 BINTANG, PODGORICA, MONTENEGRO. Kembara Berkat Bosnia VII

Salam ceria. 2hb Julai, 2018. 10.57 malam kami sampai di pusat imigresen Montenegro di sempadan. Selama ni tak pernah ambil tahu ada negara bernama Montenegro. Ada dengar-dengar, ingatkan di belah-…

Source: RPU DI GUEST HOUSE 3 BINTANG, PODGORICA, MONTENEGRO. Kembara Berkat Bosnia VII

Imam of the Qing Hai great mosque passed away

Suasana jenazah Imam Masjid Qing Hai di bawa ke perkuburan. Moga Allah kuatkan Islam di China. Klik di gambar untuk tonton video.

Source: Imam of the Qing Hai great mosque passed away