Khutbah Jumaat di Masjid Taman Sri Bayu

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Hari ini Kafe tutup lewat. 12.30 tghari baru customer terakhir keluar. Selepas tu mengemas dan menyusun peralatan yg telah digunakan.

Pagi ni memang agak kalut. Org ramai baru keluar dari Tioman termasuk yg nak masuk Tioman. Allah beri juga kafe suasana penuh pada hari ini, hampir semua meja ada customer. Itulah Maha Baiknya Allah yang menganugerahkan nikmat yang besar kepada kita semua. Ini nak kira nikmat yg lahir, yg boleh dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan dirasa oleh anggota jawarih pun sangat tak terhitung. Betapalah nikmat² bersifat maknawi dan rohaniah…

Pendekkan cerita,, bersiap²lah ke Masjid. Hari ini ke masjid yg paling dekat iaitu masjid Tmn Sri Bayu, Mersing. Selepas azan maka imam pun naik mimbar. Mata pun dah kena celak, tapi melihatkan seorang jemaah di depan Pak Itam, nampak dari awal azan, dia angkat tangan sungguh² setinggi bahunya, menadah dan berdoa kepada Allah. Mata ini pun malu melihatkan jemaah yang sungguh² ini. Maka cuba nak konsentret (concerntrate) dengar khutbah..

Tajuk Khutbah hari ini.. Ciri2 Manusia Yang Bersyukur..

Nak tulis panjang rasanya, tapi Pak Itam sedar bahawa diri ini masih belum lagi ada ciri² orang yang bersyukur. Yang berlaku, setiap ujian (walaupun datang sekali sekala) itulah yg difikirkan. Sedangkan setiap nikmat dari Allah (berlaku setiap detik) yang dianugerahkan serentak lahir dan batin, maknawi dan rohani, tak terasa pun. Patutlah susah nak baiki diri sebab Zat Yg Maha Baik dan Maha Segala²nya masih belum dikenali malah belum lagi dirasai dihati ini.

Semoga Allah menganugerahkan rasa bersyukur kepada Allah..

https://jainj.johor.gov.my/ekhutbah-2022/

Author: abu ghaarib

taubat azam bukti

Leave a comment