Kisah Pelanggan KIM

Pagi ini, seorang pelanggan tetap, Abg Long (bukan nama sebenar) berkongsi dengan Pak Itam ketika sarapan di kafe Ikhwan Mersing (KIM). Abg Long adalah pesakit buah pinggang dan sudah 8 bulan menjalani rawatan dialisis.

Saya nak pergi cek kesihatan saya di Hospital, nak jumpa dgn doktor pakar. Namun Doktor tunda temujanji saya pada bulan depan

Mulanya saya nak marahlah.. tapi bila saya ingatkan semula tentang diri saya, maka saya redhalah. Allah yang tentukan semuanya.

Dulu saya tak redha. Bila saya dapat tahu buah pinggang saya ada masalah, dan kena jalani dialisis. Saya tak boleh nak terima.

Saya tanya Allah, kenapa saya yang kena sedangkan saya ada anak dan isteri yang saya kena jaga. Kalau saya mati, siapalah yang akan jaga mereka.

Akibat dari itu saya jadi down. Tak mahu sembang dengan orang, kalau anak buat hal cepat je nak marah. Memang saya tak boleh terima.

Namun Allah yang Maha Pengasih telah buat sesuatu kepada saya. Bila saya terlantar semasa proses dialisis, saya lihat orang disekeliling saya tak begitu.

Sama-sama baring tapi masing-masing ceria. Boleh bersembang sesama walaupun mereka sama macam saya, kena dialisis.

Dari sini, saya lihat ke dalam diri saya. 4 jam berbaring dan saya tak boleh buat perkara lain, menyebabkan saya merenung kisah silam saya.

Barulah saya ingat, aku ni nakal dan jahat. Di waktu kerja dahulu, makan apa sahaja tak kira halal haram. Macam-macam yang saya dah buat ikut nafsu saya. Ketika sihat saya lupa Allah.

Setiap kali dialisis itulah yg berlaku sehingga saya nekad, nak berubah. Nak kembali kepada Nya. Dia yang memberi saya sihat ketika saya jahat. Kini dia yang memberikan saya sakit untuk hapuskan dosa-doaa saya yang lampau.

Malah saya pun redha terhadap apa yang berlaku, bahawa Allahlah yang akan jaga keluarga saya. Saya buat kerja, cukupkan keperluan mereka dan saya serah kepada Allah tentang nasib keluarga saya.

Kini saya boleh beri penumpuan kepada Dia yang Maha Mentadbir akan diri saya. Ibadah saya, sihat dan sakit yg diberi untuk saya teruskan amalan saya kepada Nya…

Abg Long pun bayar dan bawa anak dan isterinya menuju destinasi mereka..

Sakit Penghapusan Dosa

Author: abu ghaarib

taubat azam bukti

Leave a comment